Isu keciciran pelajar Sabah diberi perhatian serius - Utusan Malaysia

Isu keciciran pelajar Sabah diberi perhatian serius

MOHAMMAD Arif (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Mistirine Radin (kanan) pada majlis makan malam bersama focal person Kementerian Pendidikan Negeri Sabah, di di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu keciciran pelajar yang tinggi di Sabah akan diberi perhatian serius agar permasalahan ini dapat diselesaikan secara tuntas.

Focal person Kebangsaan Kementerian Pendidikan di Sabah, Mohammad Arif Sakaran berkata, individu seperti beliau yang dilantik di setiap daerah akan melihat isu keciciran ini dengan lebih terperinci.

Berdasarkan data kementerian berkenaan,  peratusan keciciran pelajar di Sabah agak tinggi maka, usaha perlu diambil bagi menangani isu ini secara menyeluruh agar dapat meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini.

“Justeru, focal person dan pejabat pendidikan daerah (PPD) akan turun padang dari semasa ke semasa bagi meninjau dan seterusnya menyelesaikan permasalahan ini.

Focal person merupakan sukarelawan yang berperanan membantu Kementerian Pendidikan dalam usaha mentransformasikan pendidikan melalui penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta.

“Kami berharap pelantikan focal person Kementerian Pendidikan  dapat membantu meningkatkan tahap pendidikan di Sabah,” katanya semasa majlis makan malam bersama focal person Kementerian Pendidikan negeri Sabah, di sini semalam.

Mohammad Arif berkata, masalah keciciran pelajar ini sudah berlanjutan agak lama namun, punca sebenar belum dapat dipastikan.

Katanya, kawasan Sabah yang agak luas dan bentuk geografi yang berbukit bukau mungkin menjadi kekangan kepada pelajar untuk hadir mengikuti sesi pembelajaran di sekolah.

Jelas beliau, keciciran pelajar ini berlaku sebelum pandemik Covid-19 lagi maka, usaha yang lebih proaktif perlu diambil untuk membantu pelajar-pelajar ini kembali ke sekolah dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Dalam majlis itu, seramai 24 focal person daerah menerima sijil pelantikan masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, pelantikan focal person ini amat penting dalam membantu meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini.

Di samping itu, kewujudan rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah iaitu Perbadanan Pinjaman Sabah juga dilihat membantu mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif termasuk asrama pelajar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya