Istiadat penganugerahan kebesaran Pulau Pinang berlangsung 5 hari  - Utusan Malaysia

Istiadat penganugerahan kebesaran Pulau Pinang berlangsung 5 hari 

LAW CHOO KIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang 2021 diadakan lima hari bermula 1 November ini di Dewan lstiadat, Dewan Sri Pinang di sini. 

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata,  istiadat itu dilaksanakan di Dewan Sri Pinang bermula 1, 2,8,9 dan berakhir pada 10 November. 

Menurut beliau, istiadat diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negera (MKN). 

“Majlis diadakan dengan mengambil langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 yang mana semua penerima dan jemputan diwajibkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya penerima anugerah dan pasangan telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sebelum ini, sambutan ulang tahun Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 10 Julai lalu  ditangguhkan susulan pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lepas. 

Menurut Choo Kiang, penerima anugerah dan pasangan juga perlu menjalani ujian saringan Covid- 19 (RT-PCR) dalam tempoh tiga hari sebelum hari raptai istiadat. 

Katanya, selain itu mereka perlu mengemukakan salinan keputusan ujian saringan dan memaparkan sijil digital vaksinasi (MySejahtera)/ sijil vaksinasi kepada urus setia sewaktu pendaftaran pada hari berlangsungnya majlis. 

“Acara sambutan dimulakan dengan lstiadat Kawalan Kehormatan di Dataran Sri Pinang, Lebuh Light. 

“Seterusnya, majlis diteruskan dengan lstiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 di Dewan lstiadat, Dewan Sri Pinang,” katanya. 

Dalam pada it, Choo Kiang berkata, majlis-majlis rasmi kerajaan negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-72 Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 ditentukan kemudian tertakluk kepada SOP semasa dikeluarkan MKN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya