Institusi pendidikan Islam tidak dipinggirkan - Jakim

Institusi pendidikan Islam tidak dipinggirkan

ABDUL AZIZ JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan institusi pendidikan di negara ini khususnya membabitkan sekolah pondok, pusat tahfiz dan sekolah agama.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, kerajaan menerusi Jakim menyalurkan bantuan berjumlah RM60 juta kepada 1,066 buah institusi berkenaan sehingga Ogos lalu.

Selain itu, katanya, sebanyak RM244,400 pula disumbangan melalui Tabung Musaadah Covid-19 Jakim-YWM. 

“Jakim juga pada ketika ini sedang berusaha dengan pelbagai cara bagi membantu institusi pendidikan Islam agar dapat melangsungkan operasinya demi anak bangsa.

“Jakim juga bekerjasama dengan pihak berwajib seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan untuk memastikan dan menjaga keselamatan warga institusi pendidikan Islam di negara ini.

“Antaranya kerajaan mengambil langkah segera melaksanakan saringan bagi mengesan dan menyekat penularan Covid-19 dalam kalangan warga institusi tersebut,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, semua langkah itu dilakukan di bawah penyelarasan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pendidikan dan Pelajaran Agama Islam (LEPAI) khususnya sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Abdul Aziz berkata, Jakim juga menerbitkan Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu sebagai rujukan kepada institusi Pendidikan Islam untuk beroperasi.

Menurutnya, pihaknya juga menyedari beberapa institusi pendidikan Islam yang menghadapi kesulitan untuk meneruskan operasi atas pelbagai sebab termasuk kekangan kos pengurusan. 

“Jakim menaruh harapan dan keyakinan tinggi bahawa kerajaan pada masa kini akan memberi perhatian sewajarnya terhadap semua pihak dan tidak mungkin akan meminggirkan mana-mana pihak selaras dengan slogan ‘Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera’.

“Jakim amat mengharapkan sokongan dan dokongan dari semua pihak khususnya warga institusi,” katanya.

Kenyataan itu sebagai mengulas dakwaan segelintir pihak berhubung kerajaan meminggirkan institusi pendidikan Islam khususnya pondok, tahfiz dan sekolah agama yang berada di bawah penyelarasan LEPAI sepanjang tempoh pandemik ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya