Indonesia muncul juara Piala Thomas - Utusan Malaysia

Indonesia muncul juara Piala Thomas

Indonesia merangkul kejuaraan Piala Thomas selepas menanti hampir dua dekad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jonatan Christie memastikan Indonesia menamatkan kemarau dua dekad Indonesia selepas menghadiahkan mata kemenangan ketika menewaskan China 3-0 dalam aksi final Piala Thomas.

Kejayaan Indonesia membolehkan pasukan yang paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu, melebarkan rekod kejuaraan buat kali ke-14, dengan China kekal kedua dengan 10 kemenangan.

Selepas kali terakhir menjulang trofi itu dengan menewaskan Malaysia 3-2 pada 2002, Indonesia jelas tidak mensia-siakan peluang kali ini selepas gagal pada final 2010 dan 2016.

Perseorangan pertamanya, Anthony Sinisuka Ginting membakar semangat pasukan apabila menewaskan Lu Guang Zu 18-21, 21-14, 21-16.

Percaturan Indonesia menyenaraikan gandingan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto sebagai beregu pertama dengan merehatkan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo turut menjadi apabila mereka menewaskan He Ji Ting-Zhou Hao Dong 21-12, 21-19.

Christie kemudian tidak mensia-siakan peluang apabila menundukkan Li Shi Feng yang menduduki ranking ke-65 dunia, 21-14, 18-21, 21-14 untuk mata kemenangan Indonesia.

Jonatan Christie menghadiahkan mata kemenangan kepada Indonesia dalam aksi Piala Thomas.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya