Henti kaitkan pencarian harta karun dengan Melaka - Utusan Malaysia

Henti kaitkan pencarian harta karun dengan Melaka

PULAU Nangka dikatakan menyimpan pelbagai khazanah, artifak dan harta karun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diminta berhenti mengaitkan pencarian harta karun dengan Melaka kerana banyak lagi sejarah lain yang menarik dan bernilai di negeri itu.

Sejarawan yang juga bekas Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, pencarian tersebut memerlukan kajian lebih mendalam, terperinci dan memerlukan perbelanjaan yang besar.

Malah katanya, banyak khazanah lama yang perlu diketengahkan termasuk projek membina kapal pelayaran Melayu, Mendam Berahi bernilai hampir RM3 juta yang perlu diteruskan buat tatapan anak bangsa berikutan projek itu tergendala terlalu lama.

“Perkara yang paling baik adalah kita tinggalkan saja tempat-tempat sejarah se­perti mana-mana pulau dan kerajaan negeri atau ada pihak swasta dapat majukan tempat itu sebagai pulau peranginan terutamanya Pulau Nangka.

“Melaka juga mempunyai muzium yang banyak dengan 21 buah muzium, Kota A’ Famosa dan perigi Hang Tuah, jadi banyak perkara yang boleh dibuat dan dimajukan untuk lebih menarik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin akhbar ini me­laporkan, Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Melaka, Jamil Jaamat mengharapkan, pencarian khazanah, artifak dan harta di Pulau Nangka perlu diteruskan selepas dihentikan pada 2015.

Ini kerana kerja-kerja pencarian dihentikan oleh Perzim selepas kegagalan sebuah syarikat mematuhi syarat yang ditetapkan kerana merosakkan alam sekitar, selain hanya menemukan dua keping syiling emas.

Bagaimanapun Ramlah ber­kata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sumber kewa­ngan menjadi masalah utama dalam memajukan sejarah ne­geri itu.

“Dengan keadaan pandemik dan mungkin banyak syarikat gulung tikar, ia mengambil masa untuk memajukan pelancongan Melaka,” katanya.

Tambah beliau, negeri itu juga mempunyai Pulau Besar yang lebih luas berbanding Pulau Nangka untuk dimajukan sebagai pulau peranginan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya