PETALING JAYA: Mempunyai pengalaman ‘berkampung’ di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan yang akan datang di Singapura menjadikan skuad Harimau Malaya sudah lali untuk bermain secara berpusat.
Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, Malaysia tidak mempunyai masalah apabila perlu mengharungi kelayakan Piala Asia 2023 secara berpusat di China pada Jun depan 2023..
Sebelum ini, Malaysia ‘berkampung’ di UAE bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan sekali lagi dalam saingan Piala AFF di Singapura, Disember ini.
Cheng Hoe pada masa sama berharap Malaysia menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah.
“Bermain secara berpusat di China nanti saya fikir ia bukan masalah besar. Kami pernah melaluinya ketika berada di UAE. Malah kami akan ‘berkampung’ di Singapura pula pada hujung tahun ini.
“Begitupun, saya yakin, pemain-pemain juga inginkan peluang beraksi di laman sendiri. Namun ini terpulang FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan kerajaan sama ada memberi kebenaran atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.