Harga lembu naik, sate juga naik harga - Utusan Malaysia

Harga lembu naik, sate juga naik harga

MOHD. Erwansyah salah seorang peniaga sate di Sipitang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hanya dalam tempoh seminggu, bekalan daging lembu import dan kambing menunjukkan peningkatan harga yang cukup ketara di pasaran.

Pengusaha Satay Siga-Siga, Aini Serjio Palay berkata, apabila harga bahan mentah seperti kambing dan perut lembu meningkat, peniaga sate tidak mempunyai pilihan dan terpaksa meningkatkan sedikit harga jualan bagi secucuk sate.

AINI SERJIO PALAY

“Sebelum ini, harga perut lembu hanya RM17 sekilogram kemudian, ia meningkat kepada RM21 sekilogram. Harga kambing pula meningkat daripada RM29 kepada RM33 sekilogram.

“Kenaikan harga ini berlaku dalam tempoh seminggu. Ini harga pembelian secara terus daripada pembekal. Kalau harga di pasar segar jauh lebih mahal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Bagaimanapun, Aini yang mengusahakan perniagaan sate di Sipitang sejak 33 tahun lalu rasa bersyukur kerana pelanggan tidak merungut dengan sedikit kenaikan itu.

Katanya, perniagaannya baru kembali ‘bernyawa’ selepas rentas daerah dibenarkan pada 14 Oktober lalu maka, dia tidak mahu kehilangan pelanggan jika meletakkan harga yang tidak munasabah.

“Sebelum rentas daerah dibenarkan, kalau saya mampu jual 500 cucuk sate pun sudah kira bersyukur. Setelah sempadan daerah dibuka, jualan pada hujung minggu mampu mencecah 5,000 hingga 6,000 cucuk sehari.

“Pada hari biasa, sekitar 3,000 cucuk sahaja mampu terjual. Tapi, pada hujung minggu banyak pelanggan dari daerah lain yang berkunjung hanya untuk menikmati sate Sipitang,” katanya.

Aini berkata, harga makanan dan minuman juga turut dinaikkan sedikit kerana pembelian bekalan lain seperti minyak masak dan gula masih lagi terhad iaitu dua kilogram bagi setiap pembelian.

Seorang lagi peniaga sate, Marisah Mohamad, 24, berkata, dia bersyukur kerana bekalan ayam dan daging di Sipitang masih lagi mencukupi.

Dia dan suaminya, Mohd. Erwansyah Syahrin yang mengambil alih perniagaan sate keluarganya sejak enam tahun lalu tidak berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan.

Mengulas lanjut katanya, biarpun perniagaan belum pulih sepenuhnya namun, kehadiran pelanggan semakin bertambah baik iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah kehadiran pelanggan yang biasa berkunjung ke Sipitang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya