Hanya 8 kematian dibawa ke hospital - Utusan Malaysia

Hanya 8 kematian dibawa ke hospital

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 63 kes berbanding kelmarin, 95 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 11 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,832 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 63 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,835 kes.

Sebanyak 567 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 300 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,197 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 6,060 kes berbanding semalam, 6,377 kes sekali gus diatasi 7,297 kes sembuh.

“Selain itu, sebanyak 570 kes ICU dan 300 kes memerlukan ABP.

“Tempat kerja dan kluster berkaitan pendidikan mencatatkan kluster Covid-19 terbanyak dengan masing-masing empat kluster manakala komuniti, dua kluster dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya