Hajat kerjasama bersama Mamat Khalid tak kesampaian - Utusan Malaysia

Hajat kerjasama bersama Mamat Khalid tak kesampaian

HIDIR Ali Razali (kiri) menyerahkan buku tulisannya kepada Allahyarham Mamat Khalid dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemergian pengarah filem terkenal, Mamat Khalid benar-benar memberi kesan kepada penulis buku biografi Nordin Ahmad, Hidir Ali Razali.

Ini disebabkan dia dan Allahyarham Mamat Khalid sebelum ini pernah bertemu untuk berhasrat menghasilkan satu karya besar untuk tatapan peminat filem Melayu.

Menurutnya, Allahyarham yang nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid begitu bersemangat untuk menghasilkan karya tersebut demi cintanya kepada filem Melayu.

“Sebelum itu saya bertemu dengan beliau pada 3 Oktober yang lalu di Perdana Hotel, untuk berbincang perkara tersebut.

“Sayang seribu kali sayang kerana hasrat beliau tidak kesampaian untuk menerbitkan karya tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan tersebut,  seperti biasa Allahyarham yang ceria begitu bersemangat berbicara tentang filem yang sudah menjadi darah dagingnya.

Katanya lagi, Allahyarham pernah memintanya untuk menulis sebuah sinopsis berkenaan sejarah belakang tabir era kegemilangan filem di Singapura.

“Pembikinan filem  berkenaan dijadualkan tahun hadapan yang beliau ingin arahkan sendiri.

“Kali terakhir saya berbincang dengan arwah tentang perkara ini pada 15 Oktober yang lalu melalui kiriman WhatsApp,” katanya.-UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya