Hafizul Kamal, anak sulung positif Covid-19. - Utusan Malaysia

Hafizul Kamal, anak sulung positif Covid-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hafizul Kamal dan anak sulungnya, Raisya Amanda disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Hafizul menerusi Instagramnya sebentar tadi.

Dalam perkongsian sama, dia turut memberitahu tentang keadaan isterinya, Nurul Fariza Ibrahim dan anak kedua, Sara Erina yang negatif.

“Kami dua ketul positif Covid-19. Nak lepak gua. Alhamdulillah Sara dan Mieja negatif.

“Raisya punya spo2 (oksigen) turun naik 91-96, demam maksimum 39.2 darjah celsius.

“Nikmat makan saya dah tiga hari hilang. Bau pun tak ada. Lapar tetap lapar la,” tulisnya.

Dalam pada itu Hafizul memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan mereka.

“Kalau ada yang tahu macam mana nak dapat balik deria bau tolong kongsi, doakan kami pulih laju-laju ye, terima kasih,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya