“Genap sebulan pemergian anak, masih belum boleh lupakan” - Azmi Saat - Utusan Malaysia

“Genap sebulan pemergian anak, masih belum boleh lupakan” – Azmi Saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Genap sebulan, duka masih terasa buat pasangan penyanyi Azmi Saat dan isteri atas pemergian cahaya mata tercinta mereka, Khairul Afnan.

Menerusi coretan di Instagram, penyanyi kumpulan Caliph Busker memohon orang ramai dapat mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat isterinya, Nazirah Muhammad.

“Hari ini (Selasa) hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.

“Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat.

“Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Hari ini genap sebulan Aruah Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami,” ungkapnya.

Sementara itu, meski perkhabaran keadaan kesihataan isteri semakin baik, namun tidak dinafikan kesedihan masih terasa.

“Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.

“Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. Insya Allah. Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad,” luahnya.

Untuk rekod, Azmi dan isteri mendirikan rumah tangga pada 2011 dan hasil perkongsian mereka dikurniakan zuriat pertama yang lahir pada 27 September lalu.

Bagaimanapun, arwah Afnan berdepan komplikasi fungsi otak selepas doktor mengesyaki otak bayi berkenaan tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.

Sejak hari pertama dilahirkan Afnan dipakaikan alat bantuan pernafasan dan sepatutnya menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), tetapi doktor tidak sempat berbuat demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya