Gaya telefon Suarez sindir Koeman? - Utusan Malaysia

Gaya telefon Suarez sindir Koeman?

LUIS SUAREZ (bawah) memohon maaf kepada penyokong bekas kelabnya, Barcelona sejurus meledak gol untuk melengkapkan kemenangan 2-0 Atletico Madrid ke atas skuad bimbingan Ronald Koeman dalam aksi La Liga di Stadium Metropolitano, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez menjelaskan gaya telefon yang dilakukannya ketika meraikan jaringan bukan sindiran kepada bekas ketua jurulatihnya di Barcelona, Ronald Koeman.

Bekas pemain Barcelona itu meraikan gol dengan gaya sedemikian ketika melengkapkan jaringan Atletico 2-0 ke atas Barcelona dalam saingan La Liga di Stadium Metropolitano, semalam.

Sejurus meledak gol kedua pada minit ke-44 selepas Thomas Lemar membuka jaringan 21 minit sebelum itu, Suarez bagaimanapun tidak terus meraikan gol.

Dia sebaliknya membuat gaya memohon maaf terlebih dahulu kepada penyokong Barcelona, sebelum membuat gaya telefon beberapa minit kemudian.

LUIS SUAREZ

“Saya sudah rancang apabila saya menjaringkan gol, saya mahu memohon maaf kepada penyokong terlebih dahulu. Ia sabagai tanda menghormati dan kasih sayang kepada bekas kelab yang pernah susah senang bersama saya.

“Gaya telefon itu dibuat untuk ditujukan kepada mereka yang tahu saya masih memakai nombor dan telefon yang sama. Maaf, ia bukan untuk Koeman. Saya bergurau dengan anak saya bahawa saya akan melakukannya,” katanya yang pernah meledak 198 gol sepanjang 283 penampilan bersama skuad Catalan.

Selepas tujuh perlawanan La Liga musim ini, Barcelona kini berada di tangga kesembilan setelah mencatat 3 menang 3 seri dan 1 kalah, dengan 12 mata terkumpul.

Beberapa jam sebelum sepak mula, presiden Barcelona, Joan Laporta berkata Koeman akan terus menjadi pengendali tanpa mengira keputusan sama ada menang, kalah mahupun seri di Stadium Metropolitano.

Bagaimanapun pendirian itu mungkin akan berubah selepas rehat dua minggu perlawanan antarabangsa.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya