Gajah betina 10 tahun sesat di Batu Rakit dipindahkan

Gajah sesat di Batu Rakit dipindahkan

ANGGOTA Perhilitan Terengganu dan PKGK Sungai Depa mengendalikan pemindahan gajah sesat di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seekor gajah betina berusia kira-kira 10 tahun yang sesat di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit di sini, berjaya dipindahkan hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, operasi pemindahan gajah seberat dua tan itu dibantu dua gajah denak daripada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Sungai Deka, Hulu Terengganu.

Katanya, operasi yang bermula pukul 8 pagi itu mengambil masa tujuh jam dengan melibatkan 14 anggota Perhilitan negeri dan PKGK Sungai Deka.

“Hasil bantuan gajah denak bernama Kala dan Suria, kita berjaya membawa keluar gajah sesat itu dari dalam hutan kira-kira pukul 3 petang dan pemeriksaan pegawai veterinar mendapati terdapat luka kecil pada badannya.

“Namun, keadaan haiwan liar itu sihat dan segera diberikan rawatan susulan di lokasi sebelum dilepaskan ke habitat asal dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pengkalan Atap. 

Selasa lalu, penduduk Kampung Pengkalan Atap gempar dengan penemuan tapak kaki dan najis gajah di kawasan berhampiran perkampungan mereka.

Gajah berkenaan dipercayai terpisah daripada kumpulannya di hutan Sungai Tarom, Setiu sebelum tersesat lebih 40 kilometer ke lokasi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya