‘Entah kita kenal pun tidak’ - Erra Fazira - Utusan Malaysia

‘Entah kita kenal pun tidak’ – Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru-baru ini tular khabar angin yang kononnya ‘primadona’ filem Melayu, Erra Fazira telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli politik yang juga menteri.

Desas-desus itu timbul selepas seorang pengguna Twitter mendedahkan pelakon jelita itu sudah bergelar isteri kedua kepada menteri berkenaan.

Ketika isu itu hangat diperkatakan, Erra menerusi kenyataan dikeluarkan media tempatan menegaskan dia masih seorang ibu tunggal.

Namun semalam, menerusi sesi live bersama pelakon Fahrin Ahmad dan Didie Alias di Instagram, Erra tampil bersuara menjelaskan tentang isu berkenaan.

“Tiada angin tiada ribut. Sebelum ini ada juga dengan si polan ini dan ini, entah kita kenal pun tidak,” ujarnya.

Dalam sesi itu juga, Didie bertindak mengusik Erra menerusi kenyataannya yang kononnya pelakon Gerak Khas itu menjadi rebutan ramai untuk diperisterikan.

Erra yang terhibur dengan usikan Didie itu mengakui disebabkan kenyataan seperti itu, dia memilih untuk hidup solo sehingga ke hari ini.

“Disebabkan kenyataan macam itulah, dah beberapa tahun ku ‘menyingle’ (solo),” jawabnya.

Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 sebelum bercerai pada 2006.

Dia kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007. Mereka dikurniakan seorang anak, Engku Aleesya, 12.

Erra beberapa tahun lalu juga pernah mengakui rapat dengan penyanyi, Shahir namun hubungan mereka berakhir pada 2019.

– habis –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya