Empat balai bomba baharu dibina perkasakan pasukan bomba

Empat balai bomba baharu dibina

ISMAIL Abd. Muttalib menandatangani plak bagi merasmikan bangunan baharu balai bomba Raub yang telah dinaiktaraf di Raub, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Empat balai bomba baharu akan dibina tahun ini dalam usaha memperkasakan perkhidmatan pasukan keselamatan itu di seluruh negara seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Empat balai bomba baharu tersebut akan dibina di Sungai Lembing, Kuantan; Gohtong, Genting Highlands, Kuala Lumpur dan di Subang, Selangor yang akan menjadi pusat operasi helikopter.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, tapak projek pembinaan telah dikenal pasti dan proses tender sedang dilakukan sebelum proses pembinaan akan dimulakan secepat mungkin.

“Bomba adalah pasukan penting bukan sahaja memadamkan kebakaran tetapi kemalangan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya, jadi saya mengharapkan peningkatan dari segi infrastruktur, fasiliti dan kebajikan anggota,” katanya sempena lawatan kerja di Balai Bomba dan Penyelamat Raub, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azhar Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Muhammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM Pahang, Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Balai Bomba Raub yang mula beroperasi pada 1960 dinaik taraf pada 2017 dan siap 30 Ogos lalu melibatkan peruntukan kira-kira RM3.14 juta.

Ismail berkata, pada masa ini terdapat 324 buah balai bomba di seluruh negara dengan anggota dan pegawai seramai kira-kira 15,000 orang.

Beliau berkata, kerajaan akan terus melakukan penilaian bagi pembinaan baharu dan menaik taraf balai bomba di seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sementara itu katanya, anggota JBPM sentiasa bersiap siaga termasuklah dalam berhadapan kemungkinan kejadian banjir pada penghujung tahun ini.

Katanya, aset diperlukan berada dalam keadaan yang baik dan pasukan juga sentiasa bersedia untuk melakukan penugasan pada bila-bila masa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya