PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di ibu kota, awal pagi tadi.
Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu memaklumkan berita gembira tersebut menerusi Instagramnya (IG) sebentar tadi.
“Alhamdulillah, Kak Pom selamat bersalin pada 23 Oktober 2021 jam 12.23 pagi tadi.
“Terima kasih atas segala doa,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Elly turut mengumumkan nama kepada anak pertamanya bersama suami kedua, Mohamad Azlan Che Nuh.
“Dengan ini kak Lina nak memperkenalkan anak kedua, Kak Lina, Haider Mateen Mohamad Azlan.
“Asalamualaikum Haider, selamat datang ke dunia si pembawa keceriaan kami,” tulisnya lagi.
Elly dan Azlan berkahwin pada tahun 2020 selepas setahun berkenalan.
Elly memiliki seorang cahaya mata, Putri Sara Sehfia Azmi menerusi perkahwinan pertama.