Elak duti import senjata api: Pengurus projek hadapi 3 pertuduhan - Utusan Malaysia

Elak duti import senjata api: Pengurus projek hadapi 3 pertuduhan

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengelakan duti bagi pengimportan senjata api di Mahkamah Sesyen Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang pengurus projek syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tiga pertuduhan mengelak duti bagi pengimportan senjata api.

Tertuduh, seorang lelaki berusia 43 tahun itu hadir memakai jaket warna hijau dan seluar jeans biru tiba kira-kira pukul 8.45 pagi dengan diiringi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.

Pertuduhan kedua pula bagi kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 dan tuduhan ketiga bagi kesalahan di bawah Seksyen 88 (c) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN