Dua pekerja warga asing cedera dalam kebakaran

Dua pekerja warga asing cedera dalam kebakaran

ANGGOTA bomba berjaya memadamkan kebakaran kedai buah-buahan di Bandar Manjalara, Kepong, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pekerja warga asing cedera selepas kedai buah-buahan di Bandar Manjalara, Kepong di sini, terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, lelaki warga Bangladesh dan Indonesia masing-masing berusia 56 dan 30 tahun itu bagaimana pun berjaya diselamatkan.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohd. Fahmi Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.03 pagi.

Kata beliau, susulan itu, tiga jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas, Jinjang dan Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba jentera dilokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai buah-buahan jenis kekal di bangunan dua tingkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, terdapat dua warga asing di premis berkenaan dan berjaya dikeluarkan dengan selamat.

“Kedua-dua warga asing terbabit cedera di pergelangan kaki dan diserahkan kepada pihak perubatan untuk menerima rawatan.

“Api berjaya dipadamkan pada pukul 2.21 pagi. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya