Dua maut motosikal bertembung Perodua Myvi - Utusan Malaysia

Dua maut motosikal bertembung Perodua Myvi

KEADAAN kereta Perodua Myvi yang remuk bahagian hadapan selepas berlanggar dengan sebuah motosikal di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua rakan sekerja maut selepas motosikal jenis Honda RS150 dinaiki mereka bertembung dengan kereta Perodua Myvi dalam kejadian di Kilometer 49 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu Perodua Myvi dari arah Semenchu menghala ke Kota Tinggi.

“Apabila sampai di tempat kejadian, datang sebuah motosikal dari arah bertentangan memasuki laluan kereta terbabit lalu berlaku perlanggaran.

“Pertembungan itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi nahas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hussin berkata, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Pemandu kereta pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya