Dua cedera, Axia dinaiki lima individu masuk parit - Utusan Malaysia

Dua cedera, Axia dinaiki lima individu masuk parit

KEADAAN sebuah kereta Perodua Axia yang dinaiki lima individu terbabas ke dalam parit dekat Persiaran Rajawali, Banda Baru Klang di Klang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG : Sebuah kereta jenis Perodua Axia dinaiki lima individu terbabas ke dalam parit berkedalaman 0.91 meter di hadapan sebuah hospital swasta di Persiaran Rajawali, Bandar Baru Klang malam ini.

Dalam kejadian pukul 7.51 malam itu, lima individu iaitu seorang lelaki dan empat wanita warga asing berada dalam kenderaan terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.51 malam dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Axia dipandu seorang lelaki tempatan bersama empat wanita dipercayai warga asing.

“Tiga wanita terbabit menyelamatkan diri sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian dan telah beredar manakala dua lagi individu iaitu pemandu dan seorang penumpang berada dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini menggunakan ambulans dan kenderaan orang awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya