Dua beradik didakwa ugut bunuh, datangkan kecederaan - Utusan Malaysia

Dua beradik didakwa ugut bunuh, datangkan kecederaan

S. GUNASILAN (tengah) mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap seorang wanita dalam kejadian minggu lalu ketika didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini kerana melakukan ugutan bunuh dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita dalam kejadian minggu lalu.

S. Gunasilan, 35, dan kakaknya, S. Eswari, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab dan Majistret Khir Nizam Jemari.

Di hadapan Majistret Nur Melati Diana, Gunasilan didakwa telah melakukan ugutan jenayah untuk menakutkan wanita berusia 38 tahun itu dengan mengugut untuk membunuhnya.

Perbuatan tersebut dilakukan lelaki itu di Restoran Khalisa, Jalan Raja Perempuan Mazwin di sini pada pukul 3.10 petang, 5 Oktober lalu.

 

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Majistret Khir Nizam, Eswari didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap wanita sama yang juga merupakan bekas majikannya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan ke atas dua beradik itu masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar dan Amalina Harun manakala Gunas

S. ESWARI (kiri) mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

ilan diwakili peguam Mohd. Khazali Yin dan Eswari pula diwakili Mahinderjit Singh.

Mahkamah membenarkan Gunasilan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin manakala kakaknya pula sebanyak RM1,500 selain syarat tambahan tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes berkenaan ialah pada 21 dan 29 Nomber ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN