Doakan kesihatan saya - Noki K-Clique - Utusan Malaysia

Doakan kesihatan saya – Noki K-Clique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Noki K-Clique mendedahkan, dirinya menghidap demam denggi tahap berbahaya, hari ini.

Berita yang dikongsikan Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 27, menerusi akaun Instagram miliknya itu turut memuat baik gambar sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital tempatan.

“Assalamuaalaikum, keadaan saya sekarang denggi tahap berbahaya.

“Doakan kesihatan saya ya, semoga Allah lindungi kita semua dari segala penyakit, amin,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, majoriti pengikut dan peminat serta rakan-rakan selebriti membanjiri ruangan tersebut dengan meninggalkan komen semoga penyanyi Mimpi itu lekas sembuh.

“Semoga cepat sembuh,” komen pelakon Alvin Chong.

“Lelas sembuh Noki,” komen lagi seorang rakan kenalan penyanyi, Khai Bahar.

“Semoga dipermudahkan semuanya, cepat sembuh,” komen selebriti terkenal Sherry AlHadad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya