Dilema Pas Melaka - Utusan Malaysia

Dilema Pas Melaka

PENYOKONG penyatuan ummah menunjukkan bendera UMNO dan Pas pada Himpunan Penyatuan Ummah di ibu negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Ditelan mati emak, diluah mati bapa”.

Begitulah dilema Pas Melaka dalam menentukan keputusan yang perlu diambil selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk bekerjasama memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamarudin Sidek berkata, pada dasarnya, pihaknya berte­rima kasih dengan perkemba­ngan terbaharu itu.

Bagaimanapun jelasnya, Pas Melaka perlu menanti keputusan daripada Majlis Syura dan Pas Pusat yang akan bermesyuarat selama dua hari iaitu pada hari ini dan semalam.

“Bagi pihak Pas di negeri ini, kita menyambut baik keputusan MT UMNO itu.

“Namun kami perlu me­nunggu keputusan daripada Majlis Syura dan Pas Pusat yang bermesyuarat selama dua hari untuk membincangkan mengenai pendirian UMNO itu,” kata­nya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan untuk bekerjasama dengan Pas dibuat selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020, iaitu memperkukuhkan MN.

Katanya, asas persefahaman dengan Pas berpandukan kepada prinsip, Pas menggunakan lambang partinya sendiri, selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020.

Mingguan Malaysia turut difahamkan, perkembangan terkini dalam kalangan akar umbi Pas Melaka, majoritinya mahu parti itu bekerjasama dengan UMNO.

Ini kerana, kelebihan UMNO kata mereka, adalah berdasarkan kekuatan jentera yang cukup ampuh di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) serta mempunyai ramai ahli di setiap cawangan.

Malah, mereka turut menyifatkan, Kamarudin yang dijangka bertanding di kerusi Duyong berpotensi merampasnya daripada Pakatan Harapan (PH) jika dibantu UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pada PRU-14, DUN Duyong dimenangi oleh PH melalui Damian Yeo Shen Li dengan majoriti 2,895 undian menewaskan Kamarudin, Lee Kiat Lee (BN) dan Lim Jak Wong (Bebas).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya