Di hati saya awak tetap nombor satu -Elyana Emrizal - Utusan Malaysia

Di hati saya awak tetap nombor satu -Elyana Emrizal

ELYANA dan suami tercintanya, Khairul bermesraan di atas sebuah basikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Elyana Emrizal berkongsi detik ulang tahun perkahwinannya bersama suami tersayang, Khairul Anuar Husin yang bakal memasuki tahun yang ke-11, bulan depan.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Kalis Rindu itu memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dia bersama suaminya di atas basikal sambil mengamati pemandangan sawah padi.

Sehubungan itu, Elyana tampil mencoretkan dedikasi cintanya buat Khairul menerusi kapsyen hantaran berkenaan.

“Bulan depan ulang tahun perkahwinan kita yang ke-11. Saya sakit sudah 10 tahun.

“Umur awak pula nak masuk 46 tahun. Umur kita beza 12 tahun.

“Tetapi bertahun-tahun, di hati saya awak tetap nombor satu,” coret Elyana buat suaminya.

Mengulas lanjut, penyanyi itu juga menitipkan penghargaan kepada Khairul kerana sudi menjadi pasangan hidupnya di dunia dan Insya-Allah sehingga ke syurga Allah.

“Terima kasih sudi menjadi teman saya di dunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga,” katanya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, coretan tersebut sekali gus mendapat perhatian warganet selain meninggalkan komen yang positif buat pasangan dua sejoli itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya