Covid-19: Kematian dilaporkan melebihi 90 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Kematian dilaporkan melebihi 90 kes

kematian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 92 kes berbanding kelmarin, 46 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,492 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 11 daripada 92 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,751 kes.

Sebanyak 602 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 300 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) dan pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,258 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,782 kes berbanding semalam, 5,666 kes sekali gus manakala 7,414 kes sembuh.

“Selain itu, negara turut merekodkan pertambahan kluster Covid-19 sebanyak enam kluster melibatkan tiga tempat kerja manakala komuniti, institusi pendidikan KPM dan pendidikan tinggi, masing-masing satu kluster,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya