Cinta tiga segi punca wanita dibunuh  - Utusan Malaysia

Cinta tiga segi punca wanita dibunuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cinta tiga segi dipercayai punca seorang wanita warga Indonesia dibunuh sebelum ditemukan mati tidak berpakaian dan diselimuti kain dalam kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, di sini Selasa lalu.

Ini susulan penahanan enam individu termasuk suspek utama di sekitar Kajang. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menahan empat lelaki melibatkan tiga warga asing serta seorang warga tempatan berusia 40-an, kelmarin.

“Selain itu, kita menahan dua lelaki warga asing termasuk seorang suspek utama masing-masing berusia 40-an dalam serbuan di Bandar Baru Bangi.

“Kesemua suspek yang ditahan dipercayai adalah rakan kepada mangsa wanita berkenaan berusia awal 50-an,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Nik Ezanee berkata, berdasarkan hasil siasatan awal, pihaknya percaya kejadian tersebut bermotifkan cinta tiga segi. 

Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya