Biofloc taruhan usaha Naim - Utusan Malaysia

Biofloc taruhan usaha Naim

MUHAMMAD Naim Saa’ri menunjukkan udang putih yang diternak di Kampung Tok Kederat, Kandis, Bachok. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Keberanian Muhammad Naim Saa’ri, 32, mengambil risiko menternak udang putih menggunakan kaedah dipanggil biofloc berbaloi kerana dia kini mendapat pulangan lumayan dengan pendapatan mencecah lima angka sebulan.

Biofloc merupakan kaedah penternakan yang memanfaatkan kewujudan mikroogranisma in situ bagi menambah baik ekosistem air sekali gus mempercepatkan kadar tumbesaran ikan atau udang yang diternak selain meningkatkan kualitinya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Muhammad Naim dari Kampung Tok Kederat, Kandis di sini berkata, walaupun sudah lama dipraktikkan di negara jiran, kaedah biofloc masih lagi asing di negara ini.

Malah katanya, setakat ini, dia menjadi penternak udang putih pertama mengguna pakai kaedah tersebut di Kelantan yang bukan sahaja menjimatkan masa, malah jauh lebih mesra alam berbanding kaedah konvensional.

“Saya mula mengusahakan ternakan ini Jun lalu. Saya perlu menyedut air laut dengan jarak kira-kira 15 meter untuk disalurkan ke setiap tangki ternakan di ladang ternakan seluas 0.28 hektar yang saya sewa dengan bayaran RM5,000 setahun.

“Alhamdulillah dalam masa empat bulan, saya sudah ada 23 tangki ternakan, dengan jumlah pengeluaran mencecah 150,000 ekor udang putih untuk satu kitaran,” kata pemuda lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang itu.

Muhammad Naim berkata, pada peringkat awal, dia bermodalkan RM2,000 untuk menternak 50,000 benih udang putih yang diisikan di dalam lima tangki khas, namun 25 peratus daripada udang tersebut mati disebabkan tahap kemasinan air laut yang tidak sesuai.

Kegagalan itu tidak mematahkan semangat apabila dia terus gigih mempelajari pelbagai teknik penternakan berkaitan kaedah biofloc menerusi YouTube, selain mendapat khidmat nasihat Jabatan Perikanan serta penternak berpengalaman.

“Lama kelamaan, udang putih yang laris sebagai umpan untuk memancing ini akhirnya membiak dengan banyak. Saya kini mempunyai pembeli tetap terdiri daripada kaki pancing sekitar daerah ini, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Tumpat.

“Udang putih dijual bermula pada harga RM45 hingga RM60 sekilogram, bergantung kepada saiz. Selepas berusia lebih kurang dua bulan dengan ukuran kira-kira 15 sentimeter panjang, ia sudah boleh dijual,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya