Bina jentera serasi dengan Marquez - Utusan Malaysia

Bina jentera serasi dengan Marquez

MARC MARQUEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA, Australia: Pelumba legenda, Mick Doohan merasakan Honda perlu membina jentera paling serasi dengan Marc Marquez selepas juara dunia enam kali itu dilihat agak bergelut dengan prestasi.

Meskipun berjaya memenangi Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, dua minggu lalu, namun Doohan, yang juga juara dunia lima kali menerusi kelas 500cc berasakan bahawa Marquez masih mempunyai ruang untuk diperbaiki.

“Saya rasa Marc tidaklah begitu bagus ketika ini meskipun dia ada meraih dua kemenangan. Dia kini sedang meningkatkan kekuatan fizikal di tangan kanannya.

“Bermakna, dia perlu menunggang dengan cara baharu dan perlu mencari keserasian bersama motosikal. Honda perlu mencipta jentera yang memudahkannya untuk mengambil selekoh terutama ketika membelok ke kanan.

“Ini kerana kekuatan dan keseimbangan tangan kiri akan hadir untuk membantu tangan kanan dan memudahkannya untuk membelok,” ujar Doohan yang juga pernah mengalami nasib sama seperti Marquez.

Doohan mengalami kemalangan teruk ketika berlumba di Kejuaraan Motosikal Dunia pada 1992, di mana ketika itu dia sedang mendahului kedudukan keseluruhan dan masih berbaki lima perlumbaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya