“Bila dia sentap dengan teguran saya, itu tanda masih ada iman dalam diri” -PU Syed Bakri - Utusan Malaysia

“Bila dia sentap dengan teguran saya, itu tanda masih ada iman dalam diri” -PU Syed Bakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberi kenyataan semula yang dipercayai ditujukan buat usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM.

Jelas Syed, dia tampil menegur usahawan berkenaan menerusi hantaran sebelum ini kerana Kak KM didakwa ‘menularkan’ dosa secara terbuka menerusi kebanyakan hantaran yang dimuat naiknya di platform media sosial.

“Saya menegur, katanya mengaibkan dia. Sudah selama ini mengaibkan diri sendiri dan keluarga, dia perasan atau tidak? Siapa yang mengaibkan siapa ini?

“Saya menegur secara terbuka kerana dia membuat dan menularkan dosa secara terbuka! Saya tidak perlu penghormatan dari dia.

“Cukuplah Allah menyaksikan bahawa antara benar dan salah itu nyata! Nak sangat jadi perhatian manusia,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, Syed juga menyatakan apabila seseorang itu terasa dengan suatu teguran, maka itu menunjukkan mereka mempunyai iman dalam diri.

“Bila dia sentap dengan teguran saya, itu tanda masih ada iman dalam diri. Berubahlah, kerana nyawa ini bukan dalam kawalan kita. Sekejap sahaja Allah boleh tarik.

“Ramai yang menjadi jutawan dengan berniaga dan membuat iklan yang patuh Syariah. Maka rezeki mereka akan berkat.

“Tetapi jika sebaliknya, pasti tiada keberkatan dalam rezekimu. Sekalipun banyak,” jelas Syed panjang.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila kontroversi di antara dua figura itu telah mencuri perhatian warganet.

Isu berkenaan mula tercetus sementelah pendakwah itu memuat naik satu hantaran menasihati usahawan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya