Big Bang Astronomy pupuk minat sains angkasa - Utusan Malaysia

Big Bang Astronomy pupuk minat sains angkasa

Adham Baba (dua,kiri) dan timbalannya Amzad Hashim (tengah) semasa pelancaran Big Bang Astronomy di ibu negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperkenalkan satu insiatif baharu menerusi Planetarium Negara iaitu Big Bang Astronomy yang berlangsung 21 November hingga 30 November ini. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, program tersebut bertujuan untuk menyemarakkan pembudayaan dan pengaplikasikan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta untuk mengikut teras kelima Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.

Menurut beliau, program tersebut berperanan sebagai pencetus budaya celik STI sejak usia muda dan meningkatkan daya saing masyarakat.

“Planetarium Negara memilih tema Wanita di Angkasa untuk memberi pengiktirafan kepada wanita serta memberi inspirasi kepada generasi muda, agar lebih ramai akan melibatkan diri dalam industri astronomi dan astrofizik.

“Sempena hari pelancaran Big Bang Astronomy 2021, MOSTI akan membuka semula Planetarium Negara secara percuma bermula 12 hingga 14 November 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Planetarium Negara akan menganjurkan 15 aktiviti yang disokong oleh 21 rakan strategik antaranya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institut pengajian tinggi, syarikat-syarikat pemula dan penggiat astronomi serta 21 ahli astronomi profesional tempatan bersama untuk merakyatkan astronomi negara.

Adham berkata, sepanjang penganjuran Big Bang Astronomy 2021, pengunjung dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh MOSTI.

“Antara aktivitinya adalah pameran maya Srikandi Angkasa yang memperkenalkan 13 orang ahli astronomi wanita Malaysia, Segmen khas untuk pelajar kelainan upaya penglihatan dengan tema Space Insight; #PlanetariumGoldenHeart dan TikTok Challenge dengan tema Wanita Di Angkasa  dan Asteroid Hunters untuk orang ramai mempelajari asteroid melalui kaedah gamifikasi dan seni hiburan.

MOSTI yakin dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihaknya buat pengunjung, program tersebut dapat memupuk minat ‘Keluarga Malaysia’ untuk meneroka, mendalami dan menerajui industri astronomi dan sains angkasa. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya