Berskirt mini, Intan Najuwa dikritik warganet - Utusan Malaysia

Berskirt mini, Intan Najuwa dikritik warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas mengenakan kemeja putih berlengan panjang dipadankan dengan skirt mini kelabu paras paha.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Kekasih Paksa Rela itu memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dirinya berpakaian sedemikian sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi warganet.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, segelintir warganet berpendapat pemakaian figura kecil molek itu agak mencolok mata serta mengatakan dia menggayakan trend yang salah.

“Air naik ke itu sis. Sebab dulu-dulu zaman sekolah nampak sahaja kaki, cikgu selalu tegur begitu. Melawak sahaja,” tulis seorang warganet.

“Trend sekarang orang dah tutup lituplah adik oi. Kau silap ini,” komen lagi seorang warganet.

“Terbeliak mata tengok, skirt ke kain pelikat? Macam kain pelikat yang terangkat sahaja,” komen lagi individu lain menerusi hantaran itu.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen yang sama, ada juga peminatnya yang memuji penampilannya yang anggun itu.

“Cantik, saya minat dekat awak sangat Intan,”puji seorang peminatnya.

“Wow, awak kelihatan comel hari ini,” tulis lagi seorang peminatnya menerusi ruangan komen tersebut.

Secara keseluruhan, rata-rata warganet menegur penampilannya itu dengan menasihati agar menjaga aurat ketika mengenakan pakaian.

Sebelum ini, Intan juga pernah dikritik warganet kerana mengenakan pakaian yang dikatakan seksi pada bulan Ramadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya