Berbusana pendekar usaha promosi pusat perniagaan

Berbusana pendekar promosi pusat perniagaan

ZAINAL Abidin Mat Kasi (barisan kedua, tengah) bersama ahli PAKMNS bergambar bersama ketika ditemui di Pusat Perniagaan Paroi, Seremban, hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bangunan Stadium Boling Negeri Sembilan di Paroi di sini yang sekian lama terbiar kini telah dibaik pulih dan kini diberikan nama baharu sebagai Pusat Perniagaan Paroi.

Kini ia mempunyai lebih 100 lot perniagaan yang kini disewakan kepada usahawan kecil dan sederhana.

Mereka menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuk jualan makanan dan minuman, pakaian dan cenderahati.

Bagi menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi pusat perniagaan tersebut, Pertubuhan Adat dan Kesenian Melayu Negeri Sembilan (PAKMNS) mengambil inisiatif dengan mempamer selain menjual busana dan produk warisan Melayu seperti keris dan tanjak.

Timbalan Yang Dipertua PAKMNS, Zainal Abidin Mat Kasi, 60, berkata, pada hari ini juga seramai 20 orang ahli pertubuhan itu turut tidak ketinggalan mengenakan pakaian tradisional dan bertanjak yang sekali gus menarik perhatian pengunjung di pusat perniagaan tersebut.

“Gimik ini dilakukan bagi menunjukkan kami berada di pusat perniagaan ini untuk memasarkan produk warisan Melayu seperti keris, panah dan tanjak. Menerusinya juga kami dapat memperkenalkan kembali busana Melayu lama yang semakin hari semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda.

“Saya harap juga, usaha ini dapat memperkenalkan Pusat Perniagaan Paroi supaya ia polular dan menjadi pilihan orang ramai untuk beli-belah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, sejak dia membuka kedai menjual produk warisan Melayu, alat persenjataan lama seperti keris mendapat sambutan menggalakkan malah mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan, ramai pelanggan yang datang membeli tanjak dan keris serta pakaian, bukan sahaja dari negeri ini malah dari luar termasuk Kuala Lumpur dan Melaka.

“Saya berharap pusat perniagaan ini dapat menarik perhatian ramai pengunjung sekali gus dapat membantu ramai peniaga Melayu menambah pendapatan selepas ramai yang terjejas pendapatan sebelum ini susulan penularan wabak Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya