Belum terima panggilan menghadap TYT - PH Melaka - Utusan Malaysia

Belum terima panggilan menghadap TYT – PH Melaka

ISTANA Melaka di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka akan menyerahkan dokumentasi untuk pemfailan semakan proses dan fakta keabsahan keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada mahkamah, minggu depan. 

Pengerusinya, Adly Zahari ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang melengkapkan maklumat diperlukan sebelum diserahkan bagi penilaian perundangan. 

“Sekarang kita (PH Melaka) sedang mengumpul maklumat berkaitan dan Insya-Allah akan failkan kes itu minggu depan,” katanya. 

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima panggilan daripada Istana Melaka untuk pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam.

“Bagaimanapun kami berharap dapat menghadap Tun dalam masa terdekat bagi membincangkan segala yang berlaku dan dapat keluar daripada permasalahan ini. 

“Kalau ada ruang lain, kita harap akan digunakan untuk stabilkan politik negeri ini,” katanya. 

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia  setakat pukul 10 pagi tadi mendapati tiada sebarang pergerakan di pintu utama Istana Melaka.

Terdahulu, PH Melaka menghantar surat permohonan untuk menghadap Mohd. Ali pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menarik sokongan kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali. 

Empat ADUN itu adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya