‘Belum mampu maafkan mereka yang mengeji’ - Lisdawati - Utusan Malaysia

‘Belum mampu maafkan mereka yang mengeji’ – Lisdawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Lisdawati tampil bersuara berhubung kontroversi melibatkan suaminya yang juga pelakon, Fauzi Nawawi.

Menerusi kenyataan balas yang ditulis diruangan komen perkongsian Fauzi di Instagram (IG), Lisda atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 42 meluahkan meluahkan rasa sedih dengan tindakan orang ramai yang mengecam dia dan keluarganya gara-gara isu yang tular melibatkan suaminya, baru-baru ini.

“Saya sayang kamu. Kerana Allah SWT masih sayang.

“Tetapi saya juga manusia biasa, belum mampu maafkan mereka yang mengeji, mengutuk, memaki saya dan keluarga sehingga mereka datang meminta maaf pada saya,” tulisnya di ruangan komen.

Fauzi Nawawi baru-baru ini mengundang kecaman setelah secara terbuka menceritakan pengalaman melakonkan babak rogol bersama Raja Farah ketika membintangi filem Anak Halal satu ketika dahulu.

Pendedahan itu dibuat Fauzi ketika menjadi salah seorang tetamu undangan program Rumah 107 yang ditayangkan baru-baru ini di saluran Astro Warna.

Terkesan dengan perkara itu, Raja Farah bersama suaminya pada semalam tampil di IG, meluahkan kekesalan dan kekecewaan dengan tindakan Fauzi yang disifatkan sebagai mengaibkan dan mencalar kehormatan seorang isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya