Bayi bertali pusat menangis di kawasan pembuangan sampah - Utusan Malaysia

Bayi bertali pusat menangis di kawasan pembuangan sampah

PASUKAN polis menjalankan siasatan mengenai penemuan bayi di Taman Indah Permai di Kota Kinabalu.-IHSAN Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Suara tangisan berhampiran rumah sampah sebuah pasar raya membawa kepada penemuan seorang bayi yang dipercayai baharu dilahirkan di Taman Indah Permai, Sepanggar malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemukan oleh orang awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superitendan George Abd. Rakman berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki berusia 30-an terdengar suara tangisan bayi sebelum bertindak menghampiri kawasan pembuangan sampah itu.

Bayi yang baharu dilahirkan dibuang di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai di Kota Kinabalu malam tadi.-IHSAN Media Sosial

“Pengadu terkejut apabila terlihat seorang bayi yang masih bernyawa dan berbalut kain yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah berkenaan.

“Lelaki berkenaan kemudian terus melaporkan tentang penemuan bayi itu dengan menghubungi pusat panggilan kecemasan Mers 999.

“Sepasukan polis tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan bayi tersebut segera dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Pihak polis turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian pembuangan bayi itu untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya