Bantuan RM11,000 kepada B40 - Utusan Malaysia

Bantuan RM11,000 kepada B40

SUKARELAWAN Persatuan Kasih Sejati membantu penerima dengan bantuan makanan dan bahan dapur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan B40 atau berpendapatan isi rumah bawah Rm5,000 di Telok Pulai, Klang, dekat sini menerima bantuan makanan dan barangan dapur bernilai RM11,000 menerusi programanjuran Persatuan Kasih Sejati dan Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd., semalam.

Ketua pengacara aktiviti Persatuan Kasih Sejati, Tan Mew Wai berkata, penerima-penerima terdiri daripada keluarga tunggal, warga tua, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik daripada pelbagai bangsa yang kurang berkemampuan.

Katanya, makanan dan bahan dapur yang diagihkan adalah seperti spageti, sos pasta, bijirin, makanan tin, Milo dan biskut.

“Objektif utama aktiviti ini adalah untuk membantu golongan B40 mengurangkan beban pembelian barangan dapur pada tempoh pandemik Covid-19 ini.

“Untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kami telah membahagikan masa pengambilan makanan untuk mengurangkan risiko. Bagi penerima yang mempunyai masalah untuk keluar dari rumah, pekerja sosial akan menghantar barangan makanan tersebut ke rumah penerima,” katanya dalam satu kenyataan.

Mew Wai berkata, walaupun aktiviti amal secara fizikal sepanjang pandemik Covid-19 berkurang, masih ramai yang bertanya dan ingin mendaftar sebagai sukarelawan untuk membantu golongan B40.

“Kami berterima kasih dan berharap para sukarelawan sabar menunggu sehingga situasi pandemik ini pulih semula,” katanya.

Bagi maklumat lebih lanjut mengenai Perstauan Kasih Sejati dan aktiviti anjurannya, sila layari www.greatheartcharity.org.my, laman media sosial,  emel di [email protected] atau hubungi 03-5131 6107. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya