Bangunan dalam pembinaan terbakar  - Utusan Malaysia

Bangunan dalam pembinaan terbakar 

KERJA-kerja dilakukan bomba selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan dan menjadi tempat tinggal pekerja serta penyimpanan peralatan pembinaan di Persiaran Pertahanan, terbakar. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan dan menjadi tempat tinggal pekerja serta penyimpanan peralatan pembinaan di Persiaran Pertahanan, di sini, terbakar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dimaklumkan mengenai kejadian menerusi talian MERS 999.

Kata beliau, berikutan itu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dibantu BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sentul, BBP Setapak dan BBP Gombak Selatan dengan kekuatan 55 anggota ke lokasi kejadian.

Ujarnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, keadaan api  marak.

“Kebakaran berlaku di tingkat dua (tempat letak kereta) yang dijadikan tempat tinggal pekerja dan penyimpanan peralatan pembinaan.

“Seterusnya tindakan operasi pemadaman kebakaran dilakukan oleh anggota bomba dari luar bangunan bagi mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Ridhwan, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 11:51 pagi dan kawasan itu terbakar 100 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya