BAM mahu rapatkan jurang pemain - Utusan Malaysia

BAM mahu rapatkan jurang pemain

Leong Jun Hao
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memastikan pemain muda perseorangan lelaki negara akan menerima pendedahan berterusan dalam usaha merapatkan jurang prestasi dengan juara All England, Lee Zii Jia.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, ia susulan peningkatan ketara yang dipamerkan oleh pemain muda seperti Ng Tze Yong, 21 dan Leong Jun Hao, 22 ketika beraksi di Piala Thomas, baru-baru ini.

“Saya nak bagi tahu, Tze Yong dan Jun Hao sebenarnya telah membanggakan kita meskipun ada yang mengatakan mereka mungkin kurang pendedahan.

“Kedua-dua bagaimanapun telah membuktikan kemampuan mereka, dan ya sudah pasti BAM akan memberikan mereka peluang (menyertai kejohanan) yang lebih banyak.

“Mungkin kelemahan kita adalah balik-balik bercakap pasal Zii jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Apa yang pasti, kita perlu merapatkan jurang antara pemain perseorangan lain seperti Tze Yong, Jun Hao dan Aidil Sholeh (Ali Sadikin).

“Ia penting akan mereka dapat merapatkan jurang prestasi dengan Zii Jia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya