[Bajet] Gantian cuti rehat penjawat awam dinaikkan 160 hari

[Bajet 2022] Ganti cuti rehat penjawat awam 160 hari

PENJAWAT awam mengikuti pembentangan Bajet 2022 yang disampaikan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui paparan skrin di pekarangan Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari kepada penjawat awam sebagai mengiktiraf pengorbanan mereka dalam menangani krisis Covid-19 sebagai petugas barisan hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, di samping itu, kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari dan kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak.

“Dalam menangani krisis Covid-19, ramai penjawat awam terutamanya barisan hadapan tetap komited kepada tugasannya dan antaranya tidak berpeluang bercuti. 

“Bagi mengiktiraf pengorbanan tersebut, sukacita diumumkan gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari. Di samping itu, kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari. 

“Kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak,” katanya  dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya