Bajet 2022: Fokus matlamat 3M - Perdana Menteri

Bajet 2022: Fokus matlamat 3M – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Bajet 2022 akan memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Beliau berkata, ia memfokuskan kepada usaha memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memangkin pembaharuan akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Kata beliau, menerusi Bajet 2022 ini, kerajaan akan terus komited membantu Keluarga Malaysia yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan, dalam usaha memastikan momentum pemulihan negara akibat krisis pandemik tidak terencat. 

“Kerajaan juga akan berusaha memastikan keterangkuman iaitu tiada pihak yang tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan.

“Semoga Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ dapat memberi manfaat kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang memberi jaminan tiada golongan yang terpinggir,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz  bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion berdasarkan tiga matlamat induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi.

Kata Tengku Zafrul, ia sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) di samping beberapa pakej pemulihan ekonomi diumumkan sebelum ini.

“Walaupun KDNK ketiga terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia kembali pulih pada suku keempat menerusi pembukaan sektor ekonomi.

“Malah ia disokong dengan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berada pada landasan betul apabila peratusan vaksin Malaysia merupakan antara tertinggi di dunia,” kata Tengku Zafrul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya