PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan untuk meningkatkan Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, selain itu kerajaan bakal menaikkan elaun RM6 kepada RM8 sejam untuk anggota PVR
“Kenaikan ini bakal memanfaatkan hampir 10,000 PVR,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul memberitahu, kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 ringgit sebulan yang bakal memanfaatkan lebih 14,000 pegawai penjara.
“Sebagai tambahan, elaun ini juga dipanjangkan kepada 775 pegawai kader di institusi penjara yang terlibat dalam tugas pengawasan banduan,” jelas beliau. – UTUSAN