PETALING JAYA: Penyanyi, Azzam Sham selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasih yang juga penyanyi, Sheryl Shazwanie semalam.
Khabar gembira itu dikongsikan Azzam menerusi Instagramnya sebentar tadi.
“Mohon doa dan kasih sayang kalian untuk permudahkan urusan kami di peringkat seterusnya,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Sheryl meluahkan rasa teruja apabila tarikh pertunangan mereka jatuh pada hari lahirnya.
“Telah mengikat tali pertunangan di hari lahirku, Alhamdulillah,” tulis Sheryl di Instagramnya.
Kegembiraan pasangan tersebut turut diraikan rakan artis dan selebriti.
Antaranya seperti Sarah Suhairi yang juga kenalan industri Azzam dan Sheryl.
“Tahniah pasangan bahagia,” tulisnya di ruangan komen.
Tidak ketinggalan adalah penyanyi, Wani Kayrie yang juga sempat menitipkan ucapan tahniah dia ruangan komen.
“Tahniah si cantik,” tulisnya.