Ayie dan Tasha selamat diijab kabulkan - Utusan Malaysia

Ayie dan Tasha selamat diijab kabulkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Floor88, Ayie sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Tasha Awie, 10.20 pagi tadi.

Menerusi siaran langsung di Instagram, pasangan tersebut mengenakan baju pernikahan serba putih ddan dinikahkan bapa pengantin perempuan di Masjid Ukay Perdana, Ampang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis menzahirkan ucapan tahniah buat kedua mempelai itu.

“Alhamdulillah, tahniah Ayie dan isteri. Selamat pengantin baru,” tulis pelakon Almy Nadia.

“Tahniah Yie (nama panggilan), semoga dipermudahkan segala urusan ya,” komen penyanyi Afieq Shazwan.

“Tahniah, semoga kekal hingga Jannah,” tulis seorang peminatnya menerusi komen.

Dalam majlis tersebut, penyanyi lagu popular Chikadun itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 bersama cincin dan gelang.

Terdahulu, Ayie dan Tasha mengikat tali pertunangannya di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur, pada Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya