Awas cabaran Laos - Maloney - Utusan Malaysia

Awas cabaran Laos – Maloney

SELEPAS aksi bertemu Laos, skuad B-22 negara dijadualkan menentang Mongolia pada Khamis ini dan aksi terakhir peringkat kumpulan  berdepan Thailand pada Ahad.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali skuad bawah 22 (B-22) negara, Brad Maloney mengingatkan pasukannya untuk tidak memandang mudah cabaran Laos dalam saingan Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium MFF, Ulaanbaatar hari ini.

kata Maloney, Laos sudah menunjukkan peningkatan yang baik terutama skuad remaja dan sering memberi kesukaran buat pasukan negara sejak beberapa tahun lalu.

“Ini bukanlah kali pertama kami menentang Laos dan saya akui mereka sudah menunjukkan peningkatan mendadak dengan memberikan saingan yang cukup kompetitif di pentas Asia Tenggara.

“Selain itu, Laos juga memiliki barisan pemain yang bagus daripada aspek teknikal dan secara taktikal, benteng mereka sukar untuk dibolosi dan itulah cabaran terbesar buat pasukan saya.

“Namun, sudah tentu kami berharap kemenangan dapat diraih kerana ia adalah aksi pertama dan kami mahu memulakan kempen kelayakan dengan langkah kanan,” katanya menerusi perkongsian video kepada pemberita, semalam.

BRAD MALONEY (tengah) berharap anak-anak buahnya sudah menyesuaikan diri sepenuhnya dengan keadaan di Mongolia apabila beraksi di padang tiruan selain cuaca yang sangat sejuk.- IHSAN FAM

Skuad muda Harimau Malaya ‘terdesak’ untuk memulakan kempen kelayakan dengan langkah kanan memandangkan hanya juara peringkat kumpulan yang akan meraih slot automatik ke pentas Piala Asia B-23 2022 nanti.

Sementara itu, Maloney berharap anak-anak buahnya sudah menyesuaikan diri sepenuhnya dengan keadaan di Mongolia apabila beraksi di padang tiruan selain cuaca yang sangat sejuk.

“Sepanjang berada di sini, saya lihat barisan pemain sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk selain keadaan padang tiruan yang saya anggap bukanlah cabaran utama buat kami,” katanya.

Selepas aksi bertemu Laos, skuad negara dijadualkan menentang Mongolia pada Khamis ini dan aksi terakhir peringkat kumpulan  berdepan Thailand pada Ahad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya