Aura Kasih tak menyesal bercerai - Utusan Malaysia

Aura Kasih tak menyesal bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi negara jiran, Aura Kasih, 34, mengaku tidak menyesal dengan keputusannya untuk bercerai pada 24 April lalu.

Lapor Liputan6, pemilik nama sebenar Shahiyani Febri Wiraatmadja ini berkata, dia menganggap perceraian itu sebagai ketentuan hidup dan bukan pengakhiran.

“Tidak boleh menyesal. Kerana kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

“Saya tidak akan terus berseorangan, ingin berkahwin lagi,” katanya.

Aura bercerai dengan suami, Eryck Amaral sekitar April lalu. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Bekas pasangan suami isteri itu bagaimanapun dikurniakan seorang cahaya mata, Arabella.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mari Bercinta ini berkata dia ingin berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh yang sesuai.

“Saya tidak menutup hati untuk berkahwin lagi. Saya terima jika betemu jodoh dan siapa sahaja yang akan menjadi ayah kepada anak saya nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya