Aset utama Paskal, Paskau diganti libatkan peruntukan RM14 juta - Utusan Malaysia

Aset utama Paskal, Paskau diganti libatkan peruntukan RM14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM1.6 bilion diperuntukkan kerajaan untuk mempertingkatkan aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  pada tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut turut melibatkan RM14 juta bagi mengganti peralatan utama Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Pasukan Khas Udara (Paskau) seperti payung terjun, alat selam dan bot.

“Kemakmuran ekonomi tidak akan tercapai tanpa negara yang aman dan damai. Bagi tahun hadapan, Bajet ini menyediakan peruntukan kepada  Kementerian Pertahanan sebanyak RM16 bilion.

“Antaranya sejumlah RM1.6 bilion diperuntukkan untuk mempertingkatkan kesiagaan aset-aset utama ATM. Peruntukan ini turut melibatkan RM14 juta bagi mengganti peralatan utama Paskal dan Paskau seperti payung terjun, alat selam litar tertutup dan bot,” katanya dalam Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya