APM Pahang siap siaga hadapi Monsun Timur Laut - Utusan Malaysia

APM Pahang siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

CHE ADAM A. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 1,199 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri ini sudah bersiap siaga sepenuhnya menjalankan tugas jika berlaku bencana ketika musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula bulan depan.

Pengarah APM negeri, Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah melakukan persiapan daripada pelbagai sudut dan bakal berada di 140 pengkalan hadapan dan di 787 pusat pemindahan sementara dikenal pasti.

“Namun terdapat cabaran kali ini berikutan terdapat kekurangan sumber logistik belum mencukupi setakat ini. Setakat ini sumber manusia daripada segi anggota bertugas sudah mencukupi cuma perlu ada penambahan sedikit seperti di ibu pejabat.

“Namun dari segi logistik kita sudah memohon dan akan menerima lagi tambahan beberapa aset terutama kenderaan pacuan empat roda bagi menampung keperluan berikutan Pahang merupakan negeri terbesar di semenanjung ini.

“Setakat ini, APM Pahang mempunyai 74 kenderaan di air yang merangkumi bot jenis aluminium, fiber dan tempur manakala 36 kenderaan darat termasuk kereta, lori, bas, ambulans dan kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam akhbar selepas merasmikan program retret kesiapsiagaan menghadapi MTL 2021/2022 peringkat negeri Pahang di sini hari ini. 

Che Adam berkata, bagi menghadapi Monsun Timur Laut bagi setiap daerah ialah seramai 301 kekuatan petugas untuk 24 jam pertama.

“Seramai 411 petugas akan bersiap sedia bagi 48 jam kedua dan 466 petugas bagi 72 jam ketiga malah seramai tujuh pegawai tetap daripada pejabat negeri akan diarahkan membantu di lapangan jika diperlukan.

“Kita sudah menjalankan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar bekalan makanan ke pangkalan hadapan.

“Proses penghantaran makan ke pangkalan hadapan dilaksanakan dua minggu lalu iaitu di  Ulu Tembeling, Jerantut dan lokasi seterusnya di Pulau Tioman, Rompin, pada penghujung minggu depan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya