APM Negeri Sembilan cadang buka stesen mini penyelamat pantai

APM Negeri Sembilan cadang buka stesen mini penyelamat pantai

MOHD. Syukri Madnor (kiri) bersama beberapa pengamal media yang menyertai program Latihan Di Air bersama media di Pantai Telok Kemang, Port Dickson, hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan akan membuka sebuah stesen mini penyelamat di Pantai Telok Kemang di sini.

Pengarahnya, Left. Kolonel (PA), Mohd. Syukri Madnor berkata, rancangan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran pertambahan pengunjung di daerah ini selepas kebenaran rentas negeri diberikan sejak minggu lalu.

“Selain daripada penugasan di menara kawalan, kami akan buka stesen tambahan supaya pengunjung akan berada lebih selamat ketika berkelah.

“Kami akan letakkan satu stesen mini penyelamat dan menempatkan dua tiga orang anggota di situ sebagai langkah persediaan dan berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Program Latihan di Air Bersama Media di sini Pantai Telok Kemang, di sini hari ini.

Jelas Syukri lagi, tujuan untuk diwujudkan stesen mini penyelamat itu juga adalah sebagai langkah awal, sekiranya berlaku kecemasan, anggota penyelamat dapat cepat sampai di tempat kejadian. 

“Stesen penyelamat mini ini kami hanya akan menggunakan payung dan kerusi untuk anggota bersedia terutamanya pada hari minggu dan cuti umum,” tambahnya. 

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran program latihan di air itu adalah bagi memberi peluang kepada petugas media untuk merasai sendiri pengalaman menaik bot penyelamat. 

“Walaupun kita lihat naik bot itu mudah tetapi ia memerlukan latihan yang komprehensif terutamanya daripada segi pemanduan arah bot dan kawalan bot,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN