Anggota tentera, rakan didakwa bunuh pesara tentera - Utusan Malaysia

Anggota tentera, rakan didakwa bunuh pesara tentera

MOHD. Hafidz Ibrahim (kiri) dan Muhammad Ahmad Md. Yusoff dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Taiping hari ini selepas didakwa membunuh seorang pesara tentera yang mayatnya ditemukan di Bukit Sumpitan dekat Selama dua minggu lalu. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Seorang anggota tentera dan rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pesara tentera yang mayatnya ditemukan di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama, dua minggu lalu.

Tertuduh Mohd. Hafidz Ibrahim, 34, dan Muhammad Ahmad Md. Yusoff, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Farah Syahidah Mohd. Noh.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hafidz yang merupakan pegawai waran dan Muhammad Ahmad yang bekerja sendiri didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd. Zaki Md. Aluwee, 42.

Perbuatan tersebut dilakukan di hutan bebas jarak lebih kurang 60 meter dari Jalan Kubu Gajah-Lenggong di Mukim Hulu Ijok dalam daerah Selama antara pukul 5.30 petang hingga 10.50 malam, 10 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Roslan Mohd. Suki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nur Farah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat mangsa yang ditemukan di kawasan semak kira-kira 60 meter dari tepi jalan di Bukit Sumpitan, Selama.

Mayat dengan sembilan kesan tikaman di badan itu ditemukan dalam keadaan hampir membusuk dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari.

Mangsa merupakan individu yang dilaporkan dilarikan secara paksa dari rumahnya oleh dua individu dikenali di Taman Ngah Ibrahim, Taiping.

Punca pembunuhan dipercayai akibat masalah cemburu di mana anggota tentera itu menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya