Anggota polis maut dilanggar bas - Utusan Malaysia

Anggota polis maut dilanggar bas

SEORANG anggota polis maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Bentong ke Raub, berdekatan persimpangan Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. - IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 16, Jalan Bentong ke Raub, berdekatan persimpangan Felda Lurah Bilut, dekat sini tengah hari semalam.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa, Arisham Azahari yang berusia 37 tahun maut di tempat kejadian selepas dilanggar oleh sebuah bas.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah Raub menghala ke Bentong cuba memotong kenderaan di laluan sesak berdekatan persimpangan Felda tersebut.

“Ketika memotong, mangsa melanggar sebuah motosikal di hadapannya sehingga menyebabkan dia terjatuh di laluan bertentangan.

“Mangsa yang merupakan anggota polis dari Balai Polis Dong, Raub kemudian dilanggar sebuah bas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, polis masih meneruskan siasatan berhubung kemalangan anggota terbabit dan meminta orang ramai atau mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut tampil membantu memberikan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

“IPD Bentong dan seluruh warga polis di sini menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya